ADAKAH ANDA WANITA YANG BERBAHAGIA ITU ?

Tuesday, January 25, 2011

Melati


Melati Pertama

Jadilah seperti lebah, ia selalu hinggap di bunga-bunga yang semerbak dan ranting-ranting yang segar.

Melati Kedua

Jangan beri kesempatan kepada diri anda untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka.

Melati Ketiga

Jika Allah selalu bersamamu, maka siapa yang harus engkau takut? Sebaliknya, jika Allah menjadi musuhmu, maka kepada siapa engkau akan berharap?

Melati Keempat

Api kedengkian dan hasad selalu membakar tubuh, dan sikap yang terlalu pencemburu itu ia ibarat api yang membara.

Melati Kelima

Jika anda tidak mempersiapkan diri sejak hari ini, maka hari esok bukan menjadi milik anda.

Melati Keenam

Mundurlah dengan teratur dari tempat-tempat huru-hara dan persengketaan.

Melati Ketujuh

Bertingkah-lakulah dengan akhlaqmu yang lebih indah dan cantik dari sebuah taman.

Melati Kelapan

Berikanlah kebajikan, nescaya anda akan menjadi manusia yang paling bahagia.

Melati Kesembilan

Biarkan urusan makhluk menjadi urusan Penciptanya, biarkan yang mendengki sampai mati, dan biarkan yang memusuhi terlupakan.

Melati Kesepuluh

Kelazatan sesuatu yang haram dapat menimbulkan penyesalan, penderitaan, dan hukuman.

Mawar


Mawar Pertama

Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristigfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat, dan menerima orang yang kembali kepadaNya.

Mawar Kedua

Kasihanilah orang-orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang-orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

Mawar Ketiga

Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menunggumu.

Mawar Keempat

Hapuslah air matamu dengan berprangsaka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Mawar Kelima

Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi ini akan mendapatkan semua yang diinginikannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.

Mawar Keenam

Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan bila dilemparkan batu, ia membalas dengan buah kurmanya.

Mawar Ketujuh

Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan ketengan di masa lalu, dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?

Mawar Kelapan

Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan, insya’Allah.

Mawar Kesembilan

Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu.
Mawar kesepuluh

Mandi, berwudhu’, memakai wewangian, dan bersiwak dengan teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan.

Na ….. Na ….. Na …..! No!


Na ….. anda tidak akan menyia-yiakan umurmu, seperti senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tidak ada kebaikan di dalamnya.

Na ….. anda tidak akan menghasilkan wang dan menghimpunkannya dengan mengorbankan kesihatan, kebahagiaan, tidur dan ketenangan anda.

Na ….. anda tidak akan mencari-cari kesalahan dan mengumpat orang lain serta melupakan kesalahan dan aib diri sendiri.

Na ….. anda tidak akan berperangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginannya.

Na ….. anda tidak akan menyia-yiakan waktu bersama dengan orang-orang yang menganggur dan membuang-buang waktu untuk hal yang sia-sia.

Na ….. anda tidak akan mengambil sikap tak acuh terhadap badan dan rumah dari bersih, wewangian dan disiplin.

Na ….. anda tidak akan minum minuman yang haram, merokok, dan segala sesuatu yang kotor dan najis.

Na ….. anda tidak akan mengingat musibah yang telah berlalu, bencana yang sudah silam, atau kekeliruan yang pernah dialami.

Na ….. anda tidak akan melupakan akhirat dan amal untuknya, dan alpa terhadap tanda-tanda keberadaannya.

Na ….. anda tidak akan berperangai membuang-buang harta benda dalam perkara-perkara haram, berlaku boros dalam perkara-perkara yang mubah, dan perilaku yang dapat melupakan perkara-perkara ketaatan.

YUB ….!


Yub ….. dengan senyumanmu yang cantik, yang mengirimkan cinta, dan mengutuskan kasih-sayang bagi orang lain.

Yub ….. dengan tutur kata baik anda yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syaria’at dan menghapuskan semua rasa dengki.

Yub ….. dengan derma yang membahagiakan si miskin, menyenangkan orang fakir, mengenyangkan perut yang lapar.

Yub ….. dengan kesediaanmu duduk bersama Al-Qur’an seraya membaca, merenungi, dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar.

Yub ….. dengan banyak berzikir, memohon ampun, rajin berdoa, dan suka memperbaharui taubat.

Yub ….. dengan mendidik anak-anakmu dengan agama, mengajarkan sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat bagi mereka.

Yub ….. dengan rasa malumu dan hijab (penutup aurat) yang diperintahkan Allah, kerana hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara dirimu.

Yub ….. dengan berteman bersama wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada Allah, menyukai pengalaman agama, dan menghormati norma-norma etika.

Yub ….. dengan berbuat baik kepada kedua orang tuanya, menyambung persaudaraan, menghormati tetangga, dan menyantuni anak yatim.

Yub ….. untuk membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku-buku, blog-blog yang menarik dan berfaedah, blog yang menyenangkan dan memberi tuntutan.

Selamat Datang …..!


Selamat datang …..

Saudariku yang mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan khusyu’

Selamat datang …..

Saudariku yang berhijap (berjilbab), pemalu, anggun, lagi berkeperibadian kukuh.

Selamat datang …..

Saudariku yang selalu belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan kelurusan hati.

Selamat datang …..

Saudariku yang memenuhi janji dan memegang amanah, yang jujur dan mempercayai kebenaran.

Selamat datang …..

Saudariku yang penyabar, selalu berharap akan pahala Allah, bertaubat dan sentiasa kembali ke jalanNya.

Selamat datang …..

Saudariku yang selalu berzikir, bersyukur, berdoa lagi penuh kesedaran.

Selamat datang …..

Saudariku yang meneladani Asiyah (Isteri Fir’aun), Maryam dan Khadijah.

Selamat datang …..

Saudariku yang mendidik calon-calon pahlawan dan mencetak calon-calon tokoh yang terkemuka.

Selamat datang …..

Saudariku yang menjaga nilai-nilai dan memelihara suri teladan.

Selamat datang …..

Saudariku yang merasa terusik terhadap pelanggaran ketentuan yang diagungkan dan dihormati, serta menjauhkan diri dari perkara-perkara yang haram.

Persembahan


Ku hadiahkan kepadamu …..

Wahai wanita yang telah meredhai Allah S.W.T. sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya & Muhammad S.A.W. sebagai RasulNya.

Ku hadiahkan kepadamu …..

Wahai wanita yang meniti jalan lurus dan membawa risalah kebenaran.

Ku hadiahkan kepadamu …..

Wahai murabbiyah (wanita pendidik) yang berjuang dengan kalimahnya, memelihara norma-normanya dan membersihkan dirinya.

Ku tujukan pula pada setiap ibu yang mendidik anak-anaknya untuk bertaqwa, menumbuhkan mereka dengan amalan sunnah Nabi dan yang menanamkan cinta kebajikan ke dalam jiwa-jiwa mereka.

Terakhir ….. ku tujukan kepada setiap wanita yang dirundung kesusahan dan kesedihan …..

Berbahagia dan bergembiralah dengan kemahaluasan yang begitu dekat dengan bimbingan Allah dengan keagungan pahala dan dengan pengampunan dosa.

Sekapur Sirih



Alhamdullillah, tiada sanjungan & pujian yg berhak diucapkan, selain kpd Allah, Tuhan semesta alam yg telah menciptakan wanita sebagai pasangan lelaki & menjadikannya sumber yg mengalirkan cinta kasih kpd suami & anak-anaknya utk beriring bersama melaksanakan amanat atau peraturan yg diberikan oleh Allah & RasulNya demi meraih keredhaanNya. Selawat & salam bagi Rasullullah S.A.W, beserta keluarganya yg mulia, sahabatnya yg tercinta & pengikutnya yg setia hingga akhir zaman.

Blog ini merupakan hasil terjemahan dari buku karya Dr. ‘Ayidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni yg berjudul As’ad Al-Mar’ah Al-‘Alam. Pada setiap awal halaman, Al-Qarni seakan ‘menegur’ anda dgn bait-bait syair yg menggugah perasaan anda seolah-olah anda berada di hadapannya. Bahkan, anda tidak mempunyai waktu untuk beranjak sesaat pun darinya. Setelah itu, syair-syair & isi blog ini terus mengalir, membasahi relung hati & fikiran serta menenangkan & membangkitkan jiwa anda.

Blog yg berada di hadapan anda ini adalah utk menjawap sebahagian keperluan wanita akan kebahagiaannya. Sehingga anda benar-benar merasakan kebahagiaan sesuai dgn ketentuan Allah & NAbiNya. Inilah pesanan utama yg ingin disampaikan oleh penulis asalnya.

Semoga bloq ini menjadi teman di waktu luang anda. Ada pepatah Arab mengatakan: “Sebaik-baik teman duduk sepanjang waktu adalah coretan.” Dan tidak mustahil bloq ini adalah merupakan salah satu daripadanya. Lebih-lebih lagi karya ini memang dibuat istimewa utk anda, wanita-wanita muslimah yg mencintai Allah & RasulNya.

Insya’Allah, siapa pun anda, semoga Allah selalu merahmati anda dgn kemuliaan & ketaqwaan anda menjadi wanita muslimah yg paling bahagia.