ADAKAH ANDA WANITA YANG BERBAHAGIA ITU ?

Tuesday, March 1, 2011

Kalung Kesepuluh


ANDA AKAN MENJADI WANITA YANG PALING ANGGUN DI DUNIA

JANGAN KALIAN MERASA HINA DAN JANGAN PULA BERSEDIH HATI, PADAHAL KALIANLAH ORANG-ORANG YANG BEROLEH KEMENANGAN

SEMUA KEJADIAN, BETAPAPUN PARAHNYA,
PASTI BERHUBUNGAN LANGSUNG DENGAN KELAPANGAN
DALAM WAKTU YANG DEKAT

ANDA, DENGAN KECANTIKKAN YANG ANDA MILIKI, TERNYATA LEBIH CANTIK DARIPADA MATAHARI. DENGAN AKHLAQ ANDA, ANDA LEBIH HARUM DARI MINYAK WANGI DENGAN SIKAP TAWADHU’ ANDA, ANDA LEBIH TINGGI PURNAMA. DAN DENGAN CINTA ANDA, ANDA LEBIH SEGAR DARIPADA RINTIK GERIMIS. OLEH KERANA ITU, PELIHARALAH KECANTIKKAN ANDA DENGAN KEIMANAN, KEREDHAAN DENGAN KEPUASAN, DAN KEHORMATAN DENGAN HIJAB YANG MENUTUP AURAT.

KETAHUILAH BAHAWA PERHIASANMU BUKANLAH EMAS ATAU PERAK, TETAPI DUA RAKA’AT MENJELANG SUBUH, DAHAGAMU DI TENGAH HARI YANG PANAS KERANA PUASA, DERMA YANG TERSEMBUNYI YANG HANYA DIKETAHUI OLEH ALLAH, AIR MATA TAUBAT, SUJUD PANJANG DI ATAS HAMPARAN SAJADAH, DAN MALU KEPADA ALLAH KETIKA TERDORONG BISIKAN NISTA DAN AJAKAN SYAITAN.

JADIKANLAH TAQWA ITU BAK PAKAIAN ANDA, NESCAYA ANDA AKAN MENJADI WANITA YANG TERCANTIK DI DUNIA MESKIPUN PAKAIAN ANDA BERTAMPAL. JADIKANLAH RASA MALU SEBAGAI BAJU KURUNG ANDA, NESCAYA ANDA MENJADI WANITA YANG PALING ANGGUN DI DUNIA MESKIPUN ANDA TIDAK BERKASUT. HINDARILAH OLEH ANDA RUTIN HIDUP SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH WANITA-WANITA FASIQ DAN NON-MUSLIM, YANG SUKA MEMPERLIHATKAN DAYA TARIKNYA UNTUK MEMIKAT LAWAN JENIS DAN MENJADIKAN TUBUHNYA SEBAGAI KOMODITI KAUM LELAKI TANPA MENGENDAHKAN NORMA-NORMA SUSILA, KERANA SESUNGGUHNYA MEREKA ADALAH BAHAN BAKAR NERAKA JAHANAM.

FIRMAN ALLAH S.W.T., MAKSUDNYA:

TIADA YANG MEMASUKINYA, KECUALI ORANG YANG PALING CELAKA. ( SURAH AL-LAIL: AYAT 15 )

BEKALAN

DI SETIAP TEMPAT, PASTI ANDA TEMUKAN
KEGELAPAN DALAM KEHIDUPAN ANDA. KEWAJIBAN
ANDA HANYALAH MENYALAKAN LAMPU UNTUK
MENERANGI ANDA SENDIRI

Kalung Kesembilan


WANITA TUA LAMBANG KEKUATAN

BUKANKAH KAMI TELAH MELAPANGKAN UNTUKMU DADAMU?

AKAN DATANG KEPADAMU PERTOLONGAN SAAT PUTUS ASA
SEBAGAI ANUGERAH DARI YANG MAHA LEMBUT
LAGI MAHA MEMPERKENANKAN DOA

JADILAH SEPERTI SEORANG WANITA TUA YANG KUAT DI HADAPAN GEBENOR AL-HAJJAJ DENGAN KEYAKINAN KEPADA TUHANNYA. SAAT ANAKNYA DIPENJARA OLEH AL-HAJJAJ, SANG GABENOR BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH BAHAWA ANAKNYA AKAN DIBUNUH DI HADAPANNYA. NAMUN, WANITA TUA ITU TETAP YAKIN, TEGUH, BERANI, DAN DENGAN LANTANG MENJAWAB; “SEKALIPUN ENGKAU TIDAK MEMBUNUHNYA, DIA PASTI AKAN MATI JUGA.”

JADILAH ENGKAU SEPERTI SEORANG PEREMPUAN PARSI YANG SANGAT TAWAKKAL KEPADA ALLAH KETIKA KEHILANGAN KANDANG AYAMNYA. IA MEMANDANG KE LANGIT DAN BERDOA: “WAHAI ALLAH! JAGALAH KANDANG AYAMKU, KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU SEBAIK-BAIK PENJAGA.”

JADILAH DIRI ANDA SEPERTI ASMA’, PUTERI ABU BAKAR, DALAM KEKUATANNYA SETELAH MELIHAT ANAK LELAKINYA, ABDULLAH BIN ZUBAIR, TERBUNUH DALAM KEADAAN TERPANCANG DI TIANG SALIB, LALU IA MENGUCAPKAN KATA-KATANYA YANG TERKENAL ITU: “SEKARANG SUDAH SAATNYA BAGI PENUNGANG KUDA YANG BERANI INI UNTUK BERISTIREHAT DENGAN TENANG.”

JADILAH SEPERTI AL-KHANSA’ YANG MENYERAHKAN EMPAT ANAKNYA DI JALAN ALLAH. KETIKA MEREKA TERBUNUH SYAHID, DIA BERKATA: “SEGALA PUJI BAGI ALLAH, YANG TELAH MEMULIAKANKU DENGAN SYAHIDNYA MEREKA DI JALAN ALLAH.”

PERHATIKANLAH WANITA-WANITA TERSEBUT, SEJARAH MEREKA YANG MULIA, YANG SARAT DENGAN KEMULIAAN.

BEKALAN

AMBILLAH DARI ANGIN SEPOI-SEPOI
KELEMBUTANNYA, DARI MINYAK WANGI
KEHARUMANNYA, DAN DARI GUNUNG KETEGARAN
DAN KEKUKUHANNYA

Kalung Kelapan


KUNCI KEBAHAGIAAN ADALAH SOLAT

SESUNGGUHNYA KEMUDAHAN ITU DATANG SESUDAH KESULITAN

KU LIHAT KEBAHAGIAAN BUKAN MILIK ORANG
YANG BERHARTA BANYAK, MELAINKAN KEBAHAGIAAN ITU
HANYALAH MILIK ORANG YANG BERTAQWA

LEMBARAN PERTAMA KEBAHAGIAAN DALAM DAFTAR BUKU HARIAN, DAN KEGIATAN KESIHATAN PERTAMA DALAM URUTAN KEGIATAN DI SIANG HARI ADALAH SOLAT SUBUH. OLEH SEBAB ITU, MULAI SAAT INI BUKALAH HATI ANDA DENGAN SOLAT SUBUH. DENGAN DEMIKIAN, ANDA BERADA DALAM PERLINDUNGAN DAN PENJAGAAN-NYA. DIA PASTI MENJAGA ANDA DARI SEGALA YANG TIDAK BAIK, DAN MENUNJUKKAN ANDA KEPADA SETIAP KEBAIKAN, MENGARAHKAN ANDA KEPADA SETIAP KEUTAMAAN, DAN MENCEGAH ANDA DARI SEGALA YANG HINA.

SESUNGGUHNYA TIDAK AKAN BERKAH HARI-HARI YANG TIDAK DIAWALI DENGAN SOLAT SUBUH, KERANA ALLAH TIDAK AKAN MENJADIKAN SIANG HARI MENJADI DINAMIK.

SESUNGGUHNYA SOLAT SUBUH MERUPAKAN AWAL TANDA PENERIMAAN, KEBERHASILAN YANG TERCATAT DALAM BUKU; TANDA KEMENANGAN, KEMULIAAN, KETEGUHAN DAN KEBERHASILAN. SELAMAT BAGI SETIAP ORANG YANG MENUNAIKAN SOLAT SUBUHNYA DAN BERUNTUNGLAH BAGI TIAP ORANG YANG MENUNAIKAN SOLAT SUBUHNYA. KESEJUKAN HATI HANYALAH BAGI ORANG YANG MEMELIHARA SOLAT SUBUHNYA; DAN KESENGSARAAN, PENDERITAAN, DAN KEKECEWAAN HANYALAH BAGI ORANG YANG MELUPAKAN SOLAT SUBUHNYA.

BEKALAN

BANTAHAN YANG MELULU DAN MEMPERDEBATKAN
HAL-HAL YANG REMEH-TEMEH DAPAT
MENGERUHKAN KEJERNIHAN DAN MEMUDARKAN
KEINDAHAN NUANSA KEHIDUPAN

Kalung Ketujuh


NAIKILAH PERAHU KESELAMATAN

YA TUHANKU, LAPANGKANLAH BAGIKU DADAKU

WAHAI TUHAN SEMESTA ALAM,
SESUNGGUHNYA AKU BERSERAH DIRI KEPADA ENGKAU.
YA TUHANKU, KASIHANILAH KELEMAHAN KAMI.
ENGKAU ADALAH MAHA PENYAYANG.

SESUNGGUHNYA AKU TELAH MEMBACA PULUHAN KISAH TENTANG AKTOR DAN ARTIS, PENGHIBUR LELAKI DAN PEREMPUAN, YANG SUKA KEPADA HAL-HAL YANG TIDAK BERGUNA, HAL-HAL YANG MELALAIKAN, DAN HAL-HAL YANG MAIN-MAIN, BAIK YANG MASIH HIDUP ATAU YANG TELAH MATI. SAYA BERKATA KEPADA DIRI SAYA: “ALANGKAH BODOHNYA!”

LALU, DI MANA KAUM MUSLIMIN, ORANG-ORANG MUKMIN, ORANG-ORANG YANG JUJUR, ORANG-ORANG YANG SELALU MENAHAN DIRINYA, ORANG-ORANG YANG SELALU BERIBADAH, ORANG-ORANG YANG SELALU KHUSYU’ DALAM AKTIVITINYA. APAKAH UMUR YANG TERBATAS DAN PENDEK INI AKAN BERLALU DENGAN KEGIATAN YANG SIA-SIA DAN MURAHAN YANG MENGGIRING PADA KEHAMPAAN DAN MAKSIAT? APAKAH ENGKAU MEMILIKI UMUR YANG LAIN? APAKAH ENGKAU MEMILIKI HARI-HARI YANG LAIN? APAKAH ENGKAU MEMILIKI PERJANJIAN DENGAN ALLAH BAHAWA ENGKAU TIDAK AKAN MATI? DEMI ALLAH, INI MUSTAHIL! INI KEBODOHAN, PRASANGKA YANG SALAH, KEBOHONGAN YANG NYATA DAN CITA-CITA YANG TIDAK AKAN PERNAH TERCAPAI.

KALAU DEMIKIA, LAKUKANLAH PENGHISABAN DIRI SENDIRI; PERBAHARUILAH ARAH TUJUAN; DAN BERSEMANGATLAH DALAM MELANGKAH. SEGERALAH BERGABUNG DENGAN KAFILAH DAN NAIKILAH PERAHU KESELAMATAN!

BEKALAN

WANITA YANG BERAQAL DAPAT MENGUBAH
SAHARA YANG TANDUS MENJADI TAMAN YANG
INDAH LAGI SUBUR

Kalung Keenam


KEBAHAGIAAN KITA BERBEZA DENGAN KEBAHAGIAN MEREKA

JANGAN SAMPAI KALIAN BERSEDIH HATI TERHADAP APA YANG LUPUT DARI KALIAN DAN JANGAN PULA KALIAN BANGGA DENGAN APA YANG TELAH KALIAN DAPATKAN

SEORANG PESAKIT BAKAL SEMBUH SESUDAH SAKITNYA
DAN ORANG YANG MERANTAU AKAN PULANG
SESUDAH KEPERGIANNYA

SIAPA YANG MENGATAKAN KEPADA ANDA BAHAWA MUZIK YANG MELALAIKAN NYANYIAN YANG HODOH, FILEM-FILEM YANG MEROSAKKAN, PERTUNJUKAN TEATER YANG MENGKHAYALKAN, MAJALAH-MAJALAH LUCAH DAN TERMASUK FILEM-FILEMNYA AKAN MENDATANGKAN KEBAHAGIAAN DAN KESENANGAN?

ORANG YANG BERKATA SEPERTI INI ADALAH PEMBOHONG. SEMUA INI ADALAH SARANA YANG MENJERUMUS, MEMBUKA JALAN KESEDIHAN, MENJADI PINTU KEGUNDAHAN, KECEMASAN DAN KESEDIHAN HATI. DENGAN BENAR-BENAR MENGAKUI BAHAWA HAL INI TIDAK BERMANFAAT, MAKA PERGILAH DARI KEHIDUPAN YANG MENYENGSARAKAN INI, KEHIDUPAN YANG TIDAK BERGUNA, MEMBUANG-BUANG WAKTU DAN PENUH DENGAN ORANG YANG TELAH MELENCUNG DARI JALAN ALLAH YANG LURUS, NAMUN KEMUDIAN BERTAUBAT DARINYA.

OLEH KERANA ITU, MENJAUHILAH DARI POLA KEHIDUPAN YANG CELAKA LAGI MENYENGSARAKAN INI, IAITU KEHIDUPAN ORANG-ORANG YANG SUKA MAIN-MAIN DAN MELAKUKAN HAL-HAL YANG TIDAK BERGUNA LAGI MENYEMPANG DARI JALAN ALLAH YANG LURUS.

MARILAH MEMBACA AL QU’RAN DENGAN KHUSYU’, MEMBACA BUKU-BUKU YANG BERMANFAAT, NASIHAT YANG MELELEHKAN AIR MATA, KHUTBAH YANG MENYENTUH, SEDEKAH YANG MENGUNTUNGKAN, DAN BERTAUBAT DENGAN SEBENAR-BENARNYA. MARILAH PERGI KE MAJLIS-MAJLIS ROHANI, ZIKIR-ZIKIR RABBANI, SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN TAUBAT KEPADA ANDA SEHINGGA DIA MEMENUHI HATI ANDA DENGAN KETENANGAN, KEDAMAIAN, DAN KEBAHAGIAAN.

BEKALAN

KALBU YANG BERSIH ADALAH KALBU YANG TIDAK
MENGANDUNGI SYIRIK, TIPUAN, DENGKI DAN IRI
HATI DI DALAMNYA

Kalung Kelima


BAHAGI-BAHAGILAH WAKTU ANDA UNTUK MENUNAIKAN BERBAGAI KEWAJIPAN

BERTAWAKKALLAH KEPADA TUHAN YANG MAHA HIDUP KEKAL DAN TIDAK PERNAH MATI

Semoga kesusahan yang menimpa diriku, di baliknya terdapat kemudahan dalam waktu yang dekat.

Raihlah keberuntungan dengan membaca buku yang bermanfaat atau risalah yang baik dari internet atau kaset yang berfaedah, baik dengan cara membaca mahupun mendengarnya. Semaklah bacaan yang merdu dari Kitabullah. Semoga satu ayat saja dapat menggetarkan jiwa anda, masuk ke dalam hati dan menyentuh jiwa anda. Dengan demikian, bila anda bersamanya, akan datang hidayah dan cahaya, dan bersamanya pula akan hilang rasa putus asa, keraguan, kecurigaan dan kekhuartiran yang selama ini ada dalam diri anda.

Pelajarilah tumpukan buku sunnah ( hadith ) dan bacalah perkataan sang kekasih ( Muhammad S.A.W. ) dalam kitab Riyadhus Shalihin, nescaya engkau akan mendapatkan ubat keberhasilan dan ilmu bermanfaat yang akan menjagamu dari keninaan, akan melindungimu dari kebodohan, serta akan menyembuhkan dari segala penyakit.

Sebenarnya ubat anda terdapat dalam wahyu, baik yang berhasil dari Al-Qu’ran mahupun As-Sunnah. Kesenangan anda berada dalam iman; penyejuk hati anda berada dalam solat; keselamatan kalbu anda berada dalam sifat qana’ah anda. Sesungguhnya kecantikkan wajah anda berada dalam senyuman; terpeliharanya kehormatan anda berada dalam hijab; dan ketenangan anda terletak pada zikir.

Bekalan

Hati-Hatilah Terhadap Doa Orang Yang
Dizalimi dan Air Mata Orang Yang
Teraniaya.

Kalung Keempat


RUMAH SEDERHANA DENGAN IMAN, BUKAN ISTANA DENGAN SIKAP MELAMPAUI BATAS

SAMPAIKANLAH BERITA GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN

Sesungguhnya jika aku mencari orang-orang yang dengki kepadaku, aku tidak mengingkari bahawa sesungguhnya patut aku menghukum mereka dengannya.

Sesungguhnya seorang wanita yang tinggal di sebuah pondok, beribah kepada Tuhannya, mendirikan solat lima waktu, dan berpuasa di bulan Ramadhan, merupakan wanita yang paling berbahagia dari wanita yang tinggal di dalam istana sambil dikelilingi dayang-dayang, serta dimeriahkan dengan pesta yang dipenuhi dengan hidangan. Sesungguhnya, seorang mukminah yang berada di sebuah rumah beratap rumbia, dengan roti dan gandum, air dari teko, namun bersamanya ada mushaf dan tasbih adalah lebih bahagia dari wanita yang hidup di apartment yang tinggi dengan bilik-bilik mewah, namun dia tidak mengenal Tuhannya, tidak berzikir mengingati-Nya, dan tidak mengikut sunnah Rasul-Nya.

Sesungguhnya fahamlah anda makna kebahagiaan. Kebahagiaan bukan dalam definasi yang sempit dan menyesatkan. Ramai orang menyangka bahawa apa yang difikirkannya adalah benar. Mereka mengira bahawa kebahagiaan adalah dollar, dinar, dirham, rial, katil empuk, pakaian yang indah, makanan yang enak, minuman yang lazat, dan kenderaan yang mewah. Tidak!

Sesungguhnya kebahagiaan yang hakiki terletak pada kepuasan hati, kesenangan perasaan , ketenangan jiwa, kegembiraan rohani, kelapangan dada, budi pekerti yang baik, akhlaq mulia yang diiringi dengan sifat menerima dan merasa cukup dengan anugerah yang diberikan.

Bekalan

Bagaimana Dapat Hidup Senang Seseorang
Yang Suka Menyakiti Orang Muslim atau
Menganiaya Hamba Allah

Kalung Ketiga


LIHATLAH KE ARAH AWAN, JANGAN LIHAT KE ARAH TANAH

SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TELAH MELENYAPKAN KESEDIHAN DARIKU

Seandainya tiada nyala api yang ada di sebelahku, tentulah bau harum kayu gaharu tidak akan tercium

Jadilah seorang wanita yang memiliki cita-cita tinggi, kerana kami berharap agar anda selalu meningkatkan diri dan melanjutkan perjuagan hidup ini. Berhati-hatilah terhadap jebakan yang menjatuhkan dan menghinakan.

Ketahuilah, bahawa kehidupan hanya beberapa minit, bahkan hanya beberapa detik. Jadilah engkau seperti seekor semut dalam kesungguhan, ketekunan dan kesabaran. Cuba dan teruslah engkau mencuba. Bertaubatlah jika engkau kembali melakukan dosa, dan kembalilah engkau kepada pintu taubat. Hafalkan kembali Al-Qu’ran jika engkau telah lupa. Kembalilah engkau mengingati untuk yang kedua kalinya dan yang ketiga kalinya ….. Bahkan untuk yang kesepuluh kalinya.

Hal yang penting ialah hendahklah anda tidak merasa gagal dan kecewa, kerana sesungguhnya sejarah tidak pernah mengenal kata-kata terakhir dan aqal tidak pernah mengenal penghabisan sama sekali, tetapi yang dikenal hanyalah usaha dan pembaikan.

Sesungguhnya umur itu seperti jasmani, ia boleh saja diubah dengan melakukan operasi kecantikan. Sesungguhnya umur itu sama seperti bangunan, ia dapat saja diruntuhkan dan dibangun kembali dengan reka bentuk dan cat warna terbaru. Maka, berhati-hatilah dan jauhilah pengaruh pemikiran yang gagal dan tidak berdaya. Hitungkanlah dari benak anda risiko-risiko tentang sakit, bencana, musibah, dan ujian yang memberatkan.

Allah S.W.T. berfirman, maksudnya :

….. dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman. ( Surah Al-Ma’idah : Ayat 23 )

Bekalan

Meninggalkan Maksiat Adalah Jihad
Dan Menetapinya Adalah Keingkaran

Kalung Kedua


SEMOGA REZEKI SEDIKIT YANG DAPAT MEMBAHAGIAKAN ANDA, BUKAN REZEKI BANYAK YANG MENYENGSARAKAN ANDA

PUASLAH DENGAN REZEKI YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH KEPADA ANDA, NESCAYA ANDA AKAN MENJADI MANUSIA YANG PALING BAHAGIA

Apabila Allah menggelarkan keutamaan
Yang tadinya terlipat, diberikanlah kesempatan untuknya
Lisan orang yang dengki untuk berperanan

Umur anda yang dihitungkan adalah umur berisi dengan kebahagiaan, kesenangan, keradhaan, ketenangan, dan kepuasaan. Sedangkan ketika bersikap rakus, tamak, dan merasa gelisah, maka ia bukanlah termasuk sebahagian umur anda yang hakiki, kerana ia telah mengancam kesihatan dan kebahagiaan anda. Maka jagalah keredhaan anda pada Allah, puas dengan pembahagiaan kurnia-Nya, beriman kepada taqdir-Nya, dan bersikap optimis dalam menghadapi masa depan.

Jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah di pandang, sedikit bergantung pada yang lain, terbang dari satu bunga ke bunga yang lain, dari satu tangkai ke tagkai yang lain dan dari satu taman ke taman yang lain.

Atau jadilah seperti lebah, makan dari yang baik dan mengeluarkan yang baik. Bila hinggap pada ranting, ia tidak mematahkannya, menghisap sari bunga tanpa menyengatnya, mengeluarkan madu tanpa menyegat, terbang dengan membawa kecintaan, dan hinggap dengan membawa kasih-sayang. Ia mempunyai suara dengungan bagaikan berita gembira dan suara desingan bagaikan ungkapan kepuasan, seakan-akan ia bagaikan malaikat yang ada di langit turun ke bumi dari alam yang kekal.

Bekalan

Allah Menyukai Orang-Orang Yang
Suka Bertaubat, Kerana Mereka Kembali
Kepada-Nya dan mengadukan Perihalnya
Kepada-Nya

Kalung Pertama


HITUNGLAH SEMUA NIKMAT ALLAH YANG TELAH DIKURNIAKAN KEPADA ANDA

BERPEGANG TEGUHLAH PADA APA YANG AKU BERIKAN KEPADAMU DAN JADILAH KAMU TERMASUK ORANG-ORANG YANG BERSYUKUR

Sesungguhnya aku benar-benar berharap kepada Allah
Sehingga dengan kesabaran yang baik
Seakan-akan aku dapat melihat apa saja
Yang telah dilakukan oleh Allah kepadaku

Bila anda tiba di waktu pagi, maka ingatlah bahawa pagi itu telah menyapa beribu-ribu orang yang tidak beruntung, sementara anda sedang berada dalam kenikmatan. Ia menyapa beribu-ribu orang yang kelaparan, sementara anda sendiri kekenyangan. Ia menyapa beribu-ribu orang yang tertawan, sementara anda bebas dan merdeka. Ia menyapa beribu-ribu orang yang tertimpa musibah dan bencana, sementara anda selamat dan berbahagia.

Berapa banyak air mata yang berlinang di pipi seorang wanita, berapa banyak derita di hati seorang ibu, dan berapa keras jeritan di kerongkongan si kecil, sementara kamu tersenyum lega. Maka, pujilah Allah dan ucapkanlah alhamdullillah atas kasih-sayang, perhatian dan kurnia-Nya.

Duduklah anda dengan tenang, lalu berterus-teranglah kepada diri anda sendiri. Ambillah mesin kira atau alat hitung lainnya untuk memperincikan sudah berapa banyak harta, nikmat, kesenangan dan kegembiraan yang telah anda dapatkan. Begitu pula hitunglah kecantikkan, wang anak-anak, naungan, tempat tinggal, tanah air, dan berbagai anugerah lainnya, seperti penerangan, udara, air, makanan, ubat dan sebagainya. Oleh kerana itu, jalanilah hidup ini dengan senang, bahagia dan hati yang terhibur.

Bekalan

Belilah Dengan Wang Anda Doa
Orang-Orang Fakir dan Kecintaan
Orang-Orang Miskin.

Monday, February 14, 2011

Emas Kesepuluh


ANDA ADALAH ORANG YANG BERUNTUNG DALAM KEADAAN APA PUN

SIAPAKAH YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG YANG BERADA DALAM KESULITAN APABILA DIA BERDOA KEPADA-NYA ( AN-NAML : 62 )

Katakanlah kepada orang yang mencela kami
Kerana penggantian masa:
“ Tiada yang mengingkari masa,
Kecuali hanyalah orang yang terancam oleh bahaya.”

Berharaplah yang baik dari Allah, bila anda merasa sedih, gelisah, atau gundah-gulana. Dan ketahuilah bahawa ia adalah sebahagian dari penebusan dosa. Bila anda kehilangan seorang anak, maka ketahuilah bahawa dia akan menjadi syafaat bagi anda kelak di hadapan Allah. Bila anda menderita cacat ata penyakit di tubuh anda, maka ketahuilah bahawa masing-masing pahalanya telah tersimpan di sisi Allah.

Rasa lapar itu akan dibalas dengan pahala-Nya, rasa sakit akan dibalas dengan ganjaran-Nya, dan juga kemiskinan akan dibalas pahala dari Allah. Tidak akan ada yang hilang di sisi Yang Maha Esa. Allah selalu menjaganya, seperti menjaga titipan yang akan ia penuhi di akhirat kelak.

Bekalan

Solat Menjamin Kelapangan Dada
Pelakunya dan Mengusir Segala
Kesedihannya.

Emas Kesembilan


ANDA SEDANG BERINTERAKSI DENGAN TUHAN YANG MAHA MULIA LAGI MAHA PEMURAH

SIAPAKAH YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG YANG TERDESAK APABILA BERDOA KEPADANYA

Mudah-mudahan malam-malam ini,
Sesudah perpisahan yang begitu lama,
Akan menghimpun kembali kita di bawah naungan
Tempat-tempat yang kita sukai itu

Berharaplah akan kebaikan dan bergembiralah dengannya setiap waktu, kerana Allah telah mempersiapkan bagi anda pahala yang agung. Dia menyatakan hal itu dalam firman-Nya, maksudnya;

Maka Tuhan mereka memperkenan permohonannya ( dengan berfirman ); “ Sesungguhnya Aku tidak menyiakan-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan. “ ………… ( Surah Ali-‘Imran: Ayat 195 )

Allah telah berjanji kaum wanita sesuatu yang sama seperti yang dijanjikan-Nya kepada kaum lelaki. Dia memuji wanita sebagaimana memuji lelaki.

Allah S.W.T. berfirman, maksudnya:

Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. ( Surah Al-Ahzab : Ayat 35 )

Hal ini menunjukkan bahawa anda adalah pasangan lelaki dan teman sejodoh dengannya dan bahawa pahala anda terpelihara di sisi Allah. Oleh kerana itu, kerjakanlah perbuatan-perbuatan baik di dalam rumah dan masyarakat yang pada akhirnya akan menghantarkan anda untuk meraih redha Allah. Lakukanlah oleh anda contoh yang terbaik; jadilah anda teladan bagi anak-anak umat anda; dan jadilah anda wanita paling ideal yang dihormati oleh mereka.

Pilihlah sebagai teladan dalam hidup anda Asiyah isteri Fir’aun, Maryam, Khadijah, Aisyah, Asma’, dan Fatimah – semoga Allah meredhai mereka semua. Mereka dan orang-orang yang semisal dengan mereka adalah wanita-wanita terbaik dan terpilih, wanita-wanita mukmin yang taat, suka berpuasa, dan rajin menunaikan solat. Mereka redha kepada Allah dan Allah pun redha kepadanya. Berjalanlah di atas jalan hidup mereka dan pelajarilah biografinya, nescaya anda akan menunaikan di sana kebaikan, kedamaian, dan ketenangan.

Bekalan

Hapuslah Air Mata Anak Yatim Agar
Anda Meraih Redha Tuhan Yang Maha
Pemurah dan Menempati Syurga-Nya

Emas Kelapan


JANGAN ANDA CARIK-CARIK HATI ANDA DENGAN KEDUA TANGAN ANDA SENDIRI

TIADA ADA TUHAN SELAIN ENGKAU, MAHA SUCI ENGKAU, SESUNGGUHNYA AKU ADALAH TERMASUK ORANG-ORANG YANG ZALIM

Wahai masa, jika engkau masih mempunyai sisa bencana
Untuk menghinakan orang-orang yang mulia
Maka datangkanlah ia

Jauhilah apa saja yang dapat membunuh waktu anda, seperti membaca majalah-majalah hiburan dan gambar-gambar lucah, buku-buku berisi propaganda kekufuran, kisah-kisah yang merendahkan moral, atau mengikuti pemikiran-pemikiran yang menyimpang. Manfaatkanlah waktu anda dengan membaca majalah-majalah Islam, buku-buku yang bermanfaat, bulletin-buletin yang membangun akhlaq, makalah-makalah kajian yang berguna bagi anda di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya, ada sejumlah buku dan artikel yang dapat menciptakan keraguan dalam hati dan penyimpangan. Semua itu merupakan pengaruh budaya sesat lagi menyimpang dari dunia non-muslim yang melanda sebahagian besar negeri-negeri Islam.

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah S.W.T., di sisi-Nyalah terdapat kunci perbendaharaan yang ghaib, dan hanya Dialah dapat melenyapkan kesusahan dan kesulitan. Oleh kerana itu, mohonlah kepada-Nya dengan permintaan yang mendesak dan bacalah selalu doa berikut dengan berulang-ulang, iaitu; maksudnya:

“ Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesulitan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut. Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit hutang dan tertindas orang lain. ( Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Bila anda sering mengulang-ulang hadith ini dan merenungkan maknanya, Allah akan melapangkan dadamu dari resah, gelisah dan derita. Tentu saja dengan izin Allah S.W.T.

Bekalan

Gunakanlah Tiap Detik Untuk Bertasbih,
Tiap Minit Anda Untuk Berfikir, dan
Tiap Jam Anda Untuk Beramal

Emas Ketujuh


BANGUNKANLAH UNTUK ANDA SEBUAH ISTANA DI DALAM SYURGA

DARI SUATU SAAT KE SAAT YANG LAIN PASTI ADA KEMUDAHAN

Ku turuti keinginanku, ternyata ia memperhambakanku
Sekiranya aku menerima apa adanya,
Tentulah aku menjadi orang yang merdeka

Perhatikanlah betapa banyak generasi yang telah berlalu. Apakah mereka pergi membawa harta-benda mereka? Membawa istana-istana mereka? Pingkat serta kedudukan mereka? Apakah mereka dikuburkan dengan emas permata mereka? Apakah mereka berpindah ke akhirat dengan kereta-kereta dan pesawat-pesawat mereka? Sekali-kali tidak ….!

Bahkan mereka ditelanjangi dari baju dan penutup, dimasukkan dengan kain kafan ke liang kufur, kemudian mereka ditanya: “ Siapakah Tuhanmu? Siapakah Nabimu? Apa agamamu?”

Oleh kerana itu, bersiap-siaplah dan bekalilah diri anda untuk menghadapi hari itu. Janganlah anda bersedih hati atau kecewa kerana kehilangan sesuatu dari harta duniawi, kerana sesungguhnya harta duniawi itu adalah barang yang murah dan pasti lenyap, dan tidak kekal, selain amal soleh.

Allah S.W.T. berfirman, maksudnya:

Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. ( Surah An-Nahl: Ayat 97 )

Bekalan

Sakit Laksana Misi Yang Membawa Berita
Gembira Sedang Sihat Bak Hiasan Yang
Mempunyai Harganya Sendiri

Emas Keenam


ANDA DENGAN APA YANG ANDA MILIKI LEBIH BAHAGIA DARIPADA JUTAAN WANITA LAINNYA

MAKA KESABARAN YANG BAIK ITULAH KESABARANKU (YUSUF: 18)

Daripada harus meminta kepada orang
Yang menutup pintunya
yang dicap oleh banyak orang
sebagai orang yang kikir

Renungkanlah apa yang terjadi di alam semesta ini. Bukanlah di atas katil-katil putih rumah sakit terbaring beribu-ribu orang yang menderita sakit bertahun-tahun? Ada pula yang ditimpa kecelakaan sehingga membuatnya cacat seumur hidup. Bukankah di bilik jeriji-geriji sel penjara terdapat beribu-ribu orang yang dikekang kebahagiaannya dan dirampas kesenangannya? Bukankah di rumah sakit jiwa terdapat ramai orang yang kehilangan aqal dan kesedaran sehingga berubah menjadi orang-orang gila? Bukankah di sana banyak orang kafir yang tinggal di pondok derita dan merasa kesulitan menemukan makanan walau hanya sepotong roti? Bukankah di sana ada wanita yang ditimpa musibah, di mana seluruh anak-anaknya meninggal seketika dalam suatu kecelakaan? Bukankah di sana ada wanita yang hilang penglihatan, pendengarannya, atau tangan dan kakinya yang dipotong, atau orang-orang yang hilang aqalnya, atau yang menderita penyakit kronik, seperti kanser dan penyakit berat lainnya.

Sedang engkau di sini selamat, terlindung dalam keadaan baik, tenteram, aman dan damai. Oleh kerana itu, bersyukurlah kepada Allah atas segala nikmat-Nya. Janganlah menghabiskan waktumu dalam hal yang tidak diredhai Allah, seperti duduk berlama-lama di depan televisyen, menonton berbagai siaran yang menyiarkan acara-acara murahan, palsu, tidak berharga, khayalan, yang membuat hati penuh penyakit dan kesedihan; membuat jasad kita tidak melakukan pekerjaan wajib kita.

Sebaliknya, ambillah darinya hal yang berguna lagi berfaedah, seperti ceramah, pertemuan ilmiah, program kesihatan yang berguna, berbagai berita penting menyangkuti kemashlahatan individu muslim, baik lelaki mahupun perempuan, atau siaran lainnya yang berguna. Hindarilah oleh anda hal-hal murahan yang disiarkan melaluinya dan kegila-gilaan yang dimunculkan, kerana sesungguhnya hal tersebut bertentangan dengan etika, rasa malu dan norma agama.

Bekalan

Serahkanlah Orang Yang Zalim Ke
Mahkamah Akhirat Yang Padanya
Tiada Hakim, Selain Allah

Emas Kelima


MALAS ADALAH TEMAN KEGAGALAN

ALLAH – ALLAH TUHANKU, AKU TIDAK
MEMPERSEKUTUKAN DIA DENGAN SESUATU PUN

Tempat yang paling dibanggakan di dunia
Adalah yang mempunyai penerangan
Dan sebaik-baik teman duduk sepanjang masa
Adalah buku atau sesuatu yang baik seadanya

Kami menganjurkan kepada anda untuk menekuni pekerjaan anda dengan benar. Kemudian, janganlah anda berpangku tangan kerana bosan, malas, dan tunduk pada kelalaian. Tetapi bangkitlah dan kemaskan rumah dan perpustakaan peribadi anda. Tunaikanlah tugas anda, dirikanlah solat, bacalah Al-Qu’ran dan buku-buku yang berfaedah, dan dengarkanlah kaset-kaset yang bermanfaat. Duduklah bersama para tetangga dan teman-teman anda. Diskusikan kepada mereka hal-hal yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Pasa saat itu engkau akan menemukan kebahagiaan, kelapangan dan kegembiraan. Jangan sekali-kali kamu menyerah pada kekosongan, kerana semua itu akan memberimu penderitaan, kesempitan hati, godaan, keraguan dan kesuraman jiwa yang tidak akan dapat dihilangkan kecuali dengan menyibukkan diri dengan pekerjaan.

Anda harus memperhatikan penampilan anda, sehingga anda tetap kelihatan cantik, harum di dalam rumah, serta kelihatan kemas dan bersih tempat duduk anda. Anda harus menyambut suami anda dengan akhlaq yang baik; begitu pula terhadap anak-anak anda, saudara-mara anda, kaum kerabat anda, dan teman-teman anda dengan senyum keramahan dan dada yang lapang.
Aku peringatkan agar engkau menjauhi perbuatan maksiat, kerana ia adalah penyebab kesedihan. Khususnya perbuatan maksiat yang banyak dilakukan oleh perempuan, seperti melihat sesuatu yang diharamkan, mempamerkan dan mengumpat, atau mengingkari hak-hak suami dan tidak mengakui kebaikannya. Semua perbuatan tersebut banyak dilakukan oleh perempuan kecuali mereka yang mendapat rahmat Allah. Takutlah engkau akan kemurkaan Allah. Bertaqwalah kepada-Nya, kerana taqwa adalah jaminan kebahagiaanmu dan keredhaan-Nya atas hati tulusmu.

Bekalan

Apabila Kesusahan Datang Menerpa Diri
Dan Kecemasan Bertindih-Tindih Menghimpit
Anda, Ucapkanlah; Laa Ilaha Ill’Allah.

Sunday, February 13, 2011

Emas Keempat


TIDAKLAH SAMA WANITA YANG MUKMIN DAN WANITA YANG KAFIR

CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PENOLONG KAMI
DAN DIA ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG

Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu
Dan tiada suatu kesedihan pun
Dapat mengembalikan kepadamu
Sesuatu yang telah hilang

Sesungguhnya anda dapat berbahagia dengan melihat satu fenomena saja, iaitu keadaan wanita muslimah di negeri-negeri Islam dan keadaan wanita kafir di negeri-negeri kafir. Wanita muslimah di negeri-negeri Islam bebas beriman, berinfaq, berpuasa mendirikan solat, menutup aurat, taat kepada suaminya, takut kepada Tuhannya, baik kepada tetangganya, dan berkasih-sayang terhadap anak-anaknya. Alangkah berbahagianya dia, dan baginya adalah ketenangan, keredhaan, dan pahala yang besar dari-Nya.

Sedangkan wanita di negeri kafir, suka mempamerkan kecantikkan, jahiliyyah, naïf, suka mempamerkan pakaian bagaikan barang yang tidak laku lagi murahan, yang dijajakan di kebanyakkan tempat, tidak bernilai sama sekali, tanpa mempunyai kehormatan, dan tidak mempunyai agama.

Jadi, bandingkanlah antara kedua fenomena dan gambaran tersebut, nescaya anda akan merasakan bahawa anda adalah wanita yang paling bahagia, paling tinggi darjatnya, dan paling terhormat kedudukannya. Alhamdullillah.

Firman Allah S.W.T., maksudnya :

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. ( Surah Ali-‘Imran : Ayat 139 )

Bekalan
Semua Orang, Baik Yang Memiliki Istana
Mahupun Yang Memiliki Rumah Sederhana,
Pasti Menjalani Kehidupannya, Tetapi
Siapakah Yang Benar-Benar Meraih
Kebahagiaan Dalam Hidup?

Emas Ketiga


CUKUPLAH KEMULIAAN ANDA DENGAN
MENJADI SEORANG MUSLIMAH

Allah Yang Maha Pengasih Pasti Memberikan Memudahan

Jangan kau putus-asa
Kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu, di manakah Allah dan taqdir-Nya?

Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebus dosa anda atas izin-Nya. Bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadith ini.

Rasullullah S.A.W. bersabda, maksudnya :

Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktu, dan memelihara kehormatannya, nescaya ia akan memasuki syurga Tuhannya. ( Hadith riwayat Ahmad )

Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah . Oleh kerana itu saudariku, laksanakanlah amalam-amalan yang agung tersebut, agar engkau menemui Tuhan Yang Maha Pengasih; berjalanlah sesuai dengan Al-Qu’ran dan Sunnah Nabi-Nya, nescaya engkau akan akan menjadi seorang muslimah sejati.

Semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi anda. Kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan di negeri-negeri kafir, iaitu negeri Nasrani, Yahudi, komunis, ataupun dipilih oleh Allah untuk menjadi muslimah sejati, dan Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat Muhammad S.A.W.. Anda juga termasuk orang-orang yang mengikuti jejak Aisyah, Khadijah, dan Fatimah – semoga Allah meredhai mereka semua.

Kami sampaikan ucapan selamat buat ada, kerana anda adalah wanita yang solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menunaikan haji di Baitullah, dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama. Ucapan selamat buat anda, kerana anda redha Allah sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai agama yang dianuti, dan Muhammad S.A.W. sebagai rasul yang diikuti.

Bekalan

Bukan Emas Permata Yang Mempercantikkan Anda,
Melainkan Yang Mempercantikkan Anda Adalah Akhlaq Anda;
Dan Kekayaan Anda Adalah Etika Anda.

Emas Kedua


ANDA MEMPUNYAI SEGUDANG NIKMAT

Sesungguhnya Bersama
Kesulitan Ada Kemudahan.

Kelembutan Allah betapapun lama masanya
Terasa bagaikan kerdipan mata bila mata memejam


Saudariku, sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman, dan setelah malam pasti akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi, dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah.

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya engkau diganjari pahala. Jika engkau seorang ibu, anak-anakmu akan menyokong Islam, pelayan dan menolong agama, jika engkau mampu mendidik mereka dengan pendidikan yang sebenar. Mereka akan berdoa untukmu dalam sujud-sujud dan dalam malam-malam ibadah mereka. Sungguh suatu nikmat yang luar biasa menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan. Dan cukuplah bagimu untuk merasa mulia dan bahagia bahawa ibu Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang ibu yang menghadiahkan bagi seluruh manusia seorang pemimpin agung dan Rasul yang mulia.

Dan puteri Wahab telah menghadiahkan
Kepada umat manusia
“Tangan Putih” (Nabi Muhammad S.A.W.)
Yang merangkul bahu semua manusia


Saudariku, sebenarnya anda mampu menjadi da’iyah (penyeru kebaikan) di kalangan perempuan di negeri anda. Serulah mereka dengan kalimat yang benar, nasihat yang baik dan penuh hikmah. Ajaklah mereka untuk berdialog dan berdiskusi. Tunjukkan pada mereka sikap yang bersahabat. Dan terakhir, bimbinglah mereka menuju risalah Allah dan Rasul-Nya yang muia. Sesungguhnya, wanita dengan perilakunya yang soleh dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan cara berkhutbah, berpidato, atau mengikuti pembelajaran.

Betapa banyak wanita selalu tetap dikenang, kerana menjadi rujukan dalam agama, raa malu, hijab, akhlaq yang baik, baik pada tetangga, dan taat pada suami. Kisah hidupnya yang harum akan terus diceritakan oleh kebanyakkan orang, dijadikan nasihat di majlis-majlis dan ikutan yang selalu ingin ditiru oleh kaumnya.

Bekalan

Esok Akan Merekahlah Bunga Yang Harum
Baunya Mengusir Segala Kesedihan dan
Menjadi Penghibur Hati

Saturday, February 12, 2011

Emas Pertama


WANITA YANG MELAWAN PENINDASAN

Tiada Daya Untuk Menghindar Dari
Kederhakaan Dan Tiada Kekuatan Untuk
Melakukan Ketaatan, Kecuali Dengan
Pertolongan Allah S.W.T.

Apa yang berlaku biarlah berlalu;
Cita-cita adalah harapan yang belum pasti;
Dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani


Perhatikanlah nash-nash syaria'at yang terkandung dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. sesungguhnya Allah telah memuji seorang wanita solehah dan mukminah.


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, maksudnya;

Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: 'Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.' (Surah Ath-Tahrim: Ayat 11)


Jadi, renungkanlah kenapa Allah menjadikan wanita ini (Asiyah Radhiyallahu'anha) sebagai contoh atau ikutan bagi orang-orang mukmin atau mukminah? Kenapa Allah menjadikannya sebagai model dan fenomena yang jelas bagi mereka yang ingin mendapatkan hidayah dan melaksanakan sunnah Allah dan Rasul-Nya dalam kehidupan?

Alangkah cerdas dan pintarnya wanita ini, kerana ternyata dia lebih memilih tinggi di sisi Tuhannya Yang Maha Mulia dan lebih mengutamakan bertetangga (dengan Allah) daripada menepati tempat tinggalnya. Untuk itu, ia rela membangkang terhadap ketaatan kepada suaminya, Fir'aun yang berdosa, melampaui batas, lagi kafir. Dia menolak hidup di dalam istananya yang mewah penuh dengan perhiasan duniawi dan banyaknya para pelayan yang siap melayani kesemua keperluannya. Dia lebih memilih tempat tinggal yang kekal, lebih indah, dan lebih cantik di sisi Tuhannya yang menguasai semesta alam, di dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, di tempat yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.

Sesungguhnya dia adalah wanita yang agung, di mana keteguhan dan kejujurannya telah mendorongnya untuk menyeru secara terang-terangan kepada suaminya - seorang diktator zalim - dengan kalimah kebenaran dan keimanan. Maka akhirnya, ia pun diseksa kerana mempertahankan keimanannya itu. Kemudian Allah menjadikannya sebagai wanita teladan bagi setiap mukminah hingga hari qiamat. Allah juga mencatat dan memuji namanya dalam Al-Qur'an, serta menyanjung perbuatannya dan menghinakan suaminya yang telah menyimpang dari jalan Allah.


Bekalan

Di sana Ada Suatu Tempat D Barisan
Terdepan, Tetapi Menuntut Anda Untuk
Menambah Peningkatan dan Kesempurnaan
Dalam Setiap Hal Yang Anda Amalkan.

Tuesday, January 25, 2011

Melati


Melati Pertama

Jadilah seperti lebah, ia selalu hinggap di bunga-bunga yang semerbak dan ranting-ranting yang segar.

Melati Kedua

Jangan beri kesempatan kepada diri anda untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka.

Melati Ketiga

Jika Allah selalu bersamamu, maka siapa yang harus engkau takut? Sebaliknya, jika Allah menjadi musuhmu, maka kepada siapa engkau akan berharap?

Melati Keempat

Api kedengkian dan hasad selalu membakar tubuh, dan sikap yang terlalu pencemburu itu ia ibarat api yang membara.

Melati Kelima

Jika anda tidak mempersiapkan diri sejak hari ini, maka hari esok bukan menjadi milik anda.

Melati Keenam

Mundurlah dengan teratur dari tempat-tempat huru-hara dan persengketaan.

Melati Ketujuh

Bertingkah-lakulah dengan akhlaqmu yang lebih indah dan cantik dari sebuah taman.

Melati Kelapan

Berikanlah kebajikan, nescaya anda akan menjadi manusia yang paling bahagia.

Melati Kesembilan

Biarkan urusan makhluk menjadi urusan Penciptanya, biarkan yang mendengki sampai mati, dan biarkan yang memusuhi terlupakan.

Melati Kesepuluh

Kelazatan sesuatu yang haram dapat menimbulkan penyesalan, penderitaan, dan hukuman.

Mawar


Mawar Pertama

Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristigfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat, dan menerima orang yang kembali kepadaNya.

Mawar Kedua

Kasihanilah orang-orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang-orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

Mawar Ketiga

Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menunggumu.

Mawar Keempat

Hapuslah air matamu dengan berprangsaka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Mawar Kelima

Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi ini akan mendapatkan semua yang diinginikannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.

Mawar Keenam

Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan bila dilemparkan batu, ia membalas dengan buah kurmanya.

Mawar Ketujuh

Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan ketengan di masa lalu, dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?

Mawar Kelapan

Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan, insya’Allah.

Mawar Kesembilan

Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu.
Mawar kesepuluh

Mandi, berwudhu’, memakai wewangian, dan bersiwak dengan teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan.

Na ….. Na ….. Na …..! No!


Na ….. anda tidak akan menyia-yiakan umurmu, seperti senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tidak ada kebaikan di dalamnya.

Na ….. anda tidak akan menghasilkan wang dan menghimpunkannya dengan mengorbankan kesihatan, kebahagiaan, tidur dan ketenangan anda.

Na ….. anda tidak akan mencari-cari kesalahan dan mengumpat orang lain serta melupakan kesalahan dan aib diri sendiri.

Na ….. anda tidak akan berperangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginannya.

Na ….. anda tidak akan menyia-yiakan waktu bersama dengan orang-orang yang menganggur dan membuang-buang waktu untuk hal yang sia-sia.

Na ….. anda tidak akan mengambil sikap tak acuh terhadap badan dan rumah dari bersih, wewangian dan disiplin.

Na ….. anda tidak akan minum minuman yang haram, merokok, dan segala sesuatu yang kotor dan najis.

Na ….. anda tidak akan mengingat musibah yang telah berlalu, bencana yang sudah silam, atau kekeliruan yang pernah dialami.

Na ….. anda tidak akan melupakan akhirat dan amal untuknya, dan alpa terhadap tanda-tanda keberadaannya.

Na ….. anda tidak akan berperangai membuang-buang harta benda dalam perkara-perkara haram, berlaku boros dalam perkara-perkara yang mubah, dan perilaku yang dapat melupakan perkara-perkara ketaatan.

YUB ….!


Yub ….. dengan senyumanmu yang cantik, yang mengirimkan cinta, dan mengutuskan kasih-sayang bagi orang lain.

Yub ….. dengan tutur kata baik anda yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syaria’at dan menghapuskan semua rasa dengki.

Yub ….. dengan derma yang membahagiakan si miskin, menyenangkan orang fakir, mengenyangkan perut yang lapar.

Yub ….. dengan kesediaanmu duduk bersama Al-Qur’an seraya membaca, merenungi, dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar.

Yub ….. dengan banyak berzikir, memohon ampun, rajin berdoa, dan suka memperbaharui taubat.

Yub ….. dengan mendidik anak-anakmu dengan agama, mengajarkan sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat bagi mereka.

Yub ….. dengan rasa malumu dan hijab (penutup aurat) yang diperintahkan Allah, kerana hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara dirimu.

Yub ….. dengan berteman bersama wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada Allah, menyukai pengalaman agama, dan menghormati norma-norma etika.

Yub ….. dengan berbuat baik kepada kedua orang tuanya, menyambung persaudaraan, menghormati tetangga, dan menyantuni anak yatim.

Yub ….. untuk membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku-buku, blog-blog yang menarik dan berfaedah, blog yang menyenangkan dan memberi tuntutan.

Selamat Datang …..!


Selamat datang …..

Saudariku yang mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan khusyu’

Selamat datang …..

Saudariku yang berhijap (berjilbab), pemalu, anggun, lagi berkeperibadian kukuh.

Selamat datang …..

Saudariku yang selalu belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan kelurusan hati.

Selamat datang …..

Saudariku yang memenuhi janji dan memegang amanah, yang jujur dan mempercayai kebenaran.

Selamat datang …..

Saudariku yang penyabar, selalu berharap akan pahala Allah, bertaubat dan sentiasa kembali ke jalanNya.

Selamat datang …..

Saudariku yang selalu berzikir, bersyukur, berdoa lagi penuh kesedaran.

Selamat datang …..

Saudariku yang meneladani Asiyah (Isteri Fir’aun), Maryam dan Khadijah.

Selamat datang …..

Saudariku yang mendidik calon-calon pahlawan dan mencetak calon-calon tokoh yang terkemuka.

Selamat datang …..

Saudariku yang menjaga nilai-nilai dan memelihara suri teladan.

Selamat datang …..

Saudariku yang merasa terusik terhadap pelanggaran ketentuan yang diagungkan dan dihormati, serta menjauhkan diri dari perkara-perkara yang haram.

Persembahan


Ku hadiahkan kepadamu …..

Wahai wanita yang telah meredhai Allah S.W.T. sebagai Tuhannya, Islam sebagai agamanya & Muhammad S.A.W. sebagai RasulNya.

Ku hadiahkan kepadamu …..

Wahai wanita yang meniti jalan lurus dan membawa risalah kebenaran.

Ku hadiahkan kepadamu …..

Wahai murabbiyah (wanita pendidik) yang berjuang dengan kalimahnya, memelihara norma-normanya dan membersihkan dirinya.

Ku tujukan pula pada setiap ibu yang mendidik anak-anaknya untuk bertaqwa, menumbuhkan mereka dengan amalan sunnah Nabi dan yang menanamkan cinta kebajikan ke dalam jiwa-jiwa mereka.

Terakhir ….. ku tujukan kepada setiap wanita yang dirundung kesusahan dan kesedihan …..

Berbahagia dan bergembiralah dengan kemahaluasan yang begitu dekat dengan bimbingan Allah dengan keagungan pahala dan dengan pengampunan dosa.

Sekapur Sirih



Alhamdullillah, tiada sanjungan & pujian yg berhak diucapkan, selain kpd Allah, Tuhan semesta alam yg telah menciptakan wanita sebagai pasangan lelaki & menjadikannya sumber yg mengalirkan cinta kasih kpd suami & anak-anaknya utk beriring bersama melaksanakan amanat atau peraturan yg diberikan oleh Allah & RasulNya demi meraih keredhaanNya. Selawat & salam bagi Rasullullah S.A.W, beserta keluarganya yg mulia, sahabatnya yg tercinta & pengikutnya yg setia hingga akhir zaman.

Blog ini merupakan hasil terjemahan dari buku karya Dr. ‘Ayidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni yg berjudul As’ad Al-Mar’ah Al-‘Alam. Pada setiap awal halaman, Al-Qarni seakan ‘menegur’ anda dgn bait-bait syair yg menggugah perasaan anda seolah-olah anda berada di hadapannya. Bahkan, anda tidak mempunyai waktu untuk beranjak sesaat pun darinya. Setelah itu, syair-syair & isi blog ini terus mengalir, membasahi relung hati & fikiran serta menenangkan & membangkitkan jiwa anda.

Blog yg berada di hadapan anda ini adalah utk menjawap sebahagian keperluan wanita akan kebahagiaannya. Sehingga anda benar-benar merasakan kebahagiaan sesuai dgn ketentuan Allah & NAbiNya. Inilah pesanan utama yg ingin disampaikan oleh penulis asalnya.

Semoga bloq ini menjadi teman di waktu luang anda. Ada pepatah Arab mengatakan: “Sebaik-baik teman duduk sepanjang waktu adalah coretan.” Dan tidak mustahil bloq ini adalah merupakan salah satu daripadanya. Lebih-lebih lagi karya ini memang dibuat istimewa utk anda, wanita-wanita muslimah yg mencintai Allah & RasulNya.

Insya’Allah, siapa pun anda, semoga Allah selalu merahmati anda dgn kemuliaan & ketaqwaan anda menjadi wanita muslimah yg paling bahagia.