ADAKAH ANDA WANITA YANG BERBAHAGIA ITU ?

Monday, February 14, 2011

Emas Kesepuluh


ANDA ADALAH ORANG YANG BERUNTUNG DALAM KEADAAN APA PUN

SIAPAKAH YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG YANG BERADA DALAM KESULITAN APABILA DIA BERDOA KEPADA-NYA ( AN-NAML : 62 )

Katakanlah kepada orang yang mencela kami
Kerana penggantian masa:
“ Tiada yang mengingkari masa,
Kecuali hanyalah orang yang terancam oleh bahaya.”

Berharaplah yang baik dari Allah, bila anda merasa sedih, gelisah, atau gundah-gulana. Dan ketahuilah bahawa ia adalah sebahagian dari penebusan dosa. Bila anda kehilangan seorang anak, maka ketahuilah bahawa dia akan menjadi syafaat bagi anda kelak di hadapan Allah. Bila anda menderita cacat ata penyakit di tubuh anda, maka ketahuilah bahawa masing-masing pahalanya telah tersimpan di sisi Allah.

Rasa lapar itu akan dibalas dengan pahala-Nya, rasa sakit akan dibalas dengan ganjaran-Nya, dan juga kemiskinan akan dibalas pahala dari Allah. Tidak akan ada yang hilang di sisi Yang Maha Esa. Allah selalu menjaganya, seperti menjaga titipan yang akan ia penuhi di akhirat kelak.

Bekalan

Solat Menjamin Kelapangan Dada
Pelakunya dan Mengusir Segala
Kesedihannya.

Emas Kesembilan


ANDA SEDANG BERINTERAKSI DENGAN TUHAN YANG MAHA MULIA LAGI MAHA PEMURAH

SIAPAKAH YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG YANG TERDESAK APABILA BERDOA KEPADANYA

Mudah-mudahan malam-malam ini,
Sesudah perpisahan yang begitu lama,
Akan menghimpun kembali kita di bawah naungan
Tempat-tempat yang kita sukai itu

Berharaplah akan kebaikan dan bergembiralah dengannya setiap waktu, kerana Allah telah mempersiapkan bagi anda pahala yang agung. Dia menyatakan hal itu dalam firman-Nya, maksudnya;

Maka Tuhan mereka memperkenan permohonannya ( dengan berfirman ); “ Sesungguhnya Aku tidak menyiakan-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan. “ ………… ( Surah Ali-‘Imran: Ayat 195 )

Allah telah berjanji kaum wanita sesuatu yang sama seperti yang dijanjikan-Nya kepada kaum lelaki. Dia memuji wanita sebagaimana memuji lelaki.

Allah S.W.T. berfirman, maksudnya:

Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. ( Surah Al-Ahzab : Ayat 35 )

Hal ini menunjukkan bahawa anda adalah pasangan lelaki dan teman sejodoh dengannya dan bahawa pahala anda terpelihara di sisi Allah. Oleh kerana itu, kerjakanlah perbuatan-perbuatan baik di dalam rumah dan masyarakat yang pada akhirnya akan menghantarkan anda untuk meraih redha Allah. Lakukanlah oleh anda contoh yang terbaik; jadilah anda teladan bagi anak-anak umat anda; dan jadilah anda wanita paling ideal yang dihormati oleh mereka.

Pilihlah sebagai teladan dalam hidup anda Asiyah isteri Fir’aun, Maryam, Khadijah, Aisyah, Asma’, dan Fatimah – semoga Allah meredhai mereka semua. Mereka dan orang-orang yang semisal dengan mereka adalah wanita-wanita terbaik dan terpilih, wanita-wanita mukmin yang taat, suka berpuasa, dan rajin menunaikan solat. Mereka redha kepada Allah dan Allah pun redha kepadanya. Berjalanlah di atas jalan hidup mereka dan pelajarilah biografinya, nescaya anda akan menunaikan di sana kebaikan, kedamaian, dan ketenangan.

Bekalan

Hapuslah Air Mata Anak Yatim Agar
Anda Meraih Redha Tuhan Yang Maha
Pemurah dan Menempati Syurga-Nya

Emas Kelapan


JANGAN ANDA CARIK-CARIK HATI ANDA DENGAN KEDUA TANGAN ANDA SENDIRI

TIADA ADA TUHAN SELAIN ENGKAU, MAHA SUCI ENGKAU, SESUNGGUHNYA AKU ADALAH TERMASUK ORANG-ORANG YANG ZALIM

Wahai masa, jika engkau masih mempunyai sisa bencana
Untuk menghinakan orang-orang yang mulia
Maka datangkanlah ia

Jauhilah apa saja yang dapat membunuh waktu anda, seperti membaca majalah-majalah hiburan dan gambar-gambar lucah, buku-buku berisi propaganda kekufuran, kisah-kisah yang merendahkan moral, atau mengikuti pemikiran-pemikiran yang menyimpang. Manfaatkanlah waktu anda dengan membaca majalah-majalah Islam, buku-buku yang bermanfaat, bulletin-buletin yang membangun akhlaq, makalah-makalah kajian yang berguna bagi anda di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya, ada sejumlah buku dan artikel yang dapat menciptakan keraguan dalam hati dan penyimpangan. Semua itu merupakan pengaruh budaya sesat lagi menyimpang dari dunia non-muslim yang melanda sebahagian besar negeri-negeri Islam.

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya Allah S.W.T., di sisi-Nyalah terdapat kunci perbendaharaan yang ghaib, dan hanya Dialah dapat melenyapkan kesusahan dan kesulitan. Oleh kerana itu, mohonlah kepada-Nya dengan permintaan yang mendesak dan bacalah selalu doa berikut dengan berulang-ulang, iaitu; maksudnya:

“ Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kesulitan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada Engkau dari kekikiran dan berhati pengecut. Aku berlindung kepada Engkau dari terbelit hutang dan tertindas orang lain. ( Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Bila anda sering mengulang-ulang hadith ini dan merenungkan maknanya, Allah akan melapangkan dadamu dari resah, gelisah dan derita. Tentu saja dengan izin Allah S.W.T.

Bekalan

Gunakanlah Tiap Detik Untuk Bertasbih,
Tiap Minit Anda Untuk Berfikir, dan
Tiap Jam Anda Untuk Beramal

Emas Ketujuh


BANGUNKANLAH UNTUK ANDA SEBUAH ISTANA DI DALAM SYURGA

DARI SUATU SAAT KE SAAT YANG LAIN PASTI ADA KEMUDAHAN

Ku turuti keinginanku, ternyata ia memperhambakanku
Sekiranya aku menerima apa adanya,
Tentulah aku menjadi orang yang merdeka

Perhatikanlah betapa banyak generasi yang telah berlalu. Apakah mereka pergi membawa harta-benda mereka? Membawa istana-istana mereka? Pingkat serta kedudukan mereka? Apakah mereka dikuburkan dengan emas permata mereka? Apakah mereka berpindah ke akhirat dengan kereta-kereta dan pesawat-pesawat mereka? Sekali-kali tidak ….!

Bahkan mereka ditelanjangi dari baju dan penutup, dimasukkan dengan kain kafan ke liang kufur, kemudian mereka ditanya: “ Siapakah Tuhanmu? Siapakah Nabimu? Apa agamamu?”

Oleh kerana itu, bersiap-siaplah dan bekalilah diri anda untuk menghadapi hari itu. Janganlah anda bersedih hati atau kecewa kerana kehilangan sesuatu dari harta duniawi, kerana sesungguhnya harta duniawi itu adalah barang yang murah dan pasti lenyap, dan tidak kekal, selain amal soleh.

Allah S.W.T. berfirman, maksudnya:

Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. ( Surah An-Nahl: Ayat 97 )

Bekalan

Sakit Laksana Misi Yang Membawa Berita
Gembira Sedang Sihat Bak Hiasan Yang
Mempunyai Harganya Sendiri

Emas Keenam


ANDA DENGAN APA YANG ANDA MILIKI LEBIH BAHAGIA DARIPADA JUTAAN WANITA LAINNYA

MAKA KESABARAN YANG BAIK ITULAH KESABARANKU (YUSUF: 18)

Daripada harus meminta kepada orang
Yang menutup pintunya
yang dicap oleh banyak orang
sebagai orang yang kikir

Renungkanlah apa yang terjadi di alam semesta ini. Bukanlah di atas katil-katil putih rumah sakit terbaring beribu-ribu orang yang menderita sakit bertahun-tahun? Ada pula yang ditimpa kecelakaan sehingga membuatnya cacat seumur hidup. Bukankah di bilik jeriji-geriji sel penjara terdapat beribu-ribu orang yang dikekang kebahagiaannya dan dirampas kesenangannya? Bukankah di rumah sakit jiwa terdapat ramai orang yang kehilangan aqal dan kesedaran sehingga berubah menjadi orang-orang gila? Bukankah di sana banyak orang kafir yang tinggal di pondok derita dan merasa kesulitan menemukan makanan walau hanya sepotong roti? Bukankah di sana ada wanita yang ditimpa musibah, di mana seluruh anak-anaknya meninggal seketika dalam suatu kecelakaan? Bukankah di sana ada wanita yang hilang penglihatan, pendengarannya, atau tangan dan kakinya yang dipotong, atau orang-orang yang hilang aqalnya, atau yang menderita penyakit kronik, seperti kanser dan penyakit berat lainnya.

Sedang engkau di sini selamat, terlindung dalam keadaan baik, tenteram, aman dan damai. Oleh kerana itu, bersyukurlah kepada Allah atas segala nikmat-Nya. Janganlah menghabiskan waktumu dalam hal yang tidak diredhai Allah, seperti duduk berlama-lama di depan televisyen, menonton berbagai siaran yang menyiarkan acara-acara murahan, palsu, tidak berharga, khayalan, yang membuat hati penuh penyakit dan kesedihan; membuat jasad kita tidak melakukan pekerjaan wajib kita.

Sebaliknya, ambillah darinya hal yang berguna lagi berfaedah, seperti ceramah, pertemuan ilmiah, program kesihatan yang berguna, berbagai berita penting menyangkuti kemashlahatan individu muslim, baik lelaki mahupun perempuan, atau siaran lainnya yang berguna. Hindarilah oleh anda hal-hal murahan yang disiarkan melaluinya dan kegila-gilaan yang dimunculkan, kerana sesungguhnya hal tersebut bertentangan dengan etika, rasa malu dan norma agama.

Bekalan

Serahkanlah Orang Yang Zalim Ke
Mahkamah Akhirat Yang Padanya
Tiada Hakim, Selain Allah

Emas Kelima


MALAS ADALAH TEMAN KEGAGALAN

ALLAH – ALLAH TUHANKU, AKU TIDAK
MEMPERSEKUTUKAN DIA DENGAN SESUATU PUN

Tempat yang paling dibanggakan di dunia
Adalah yang mempunyai penerangan
Dan sebaik-baik teman duduk sepanjang masa
Adalah buku atau sesuatu yang baik seadanya

Kami menganjurkan kepada anda untuk menekuni pekerjaan anda dengan benar. Kemudian, janganlah anda berpangku tangan kerana bosan, malas, dan tunduk pada kelalaian. Tetapi bangkitlah dan kemaskan rumah dan perpustakaan peribadi anda. Tunaikanlah tugas anda, dirikanlah solat, bacalah Al-Qu’ran dan buku-buku yang berfaedah, dan dengarkanlah kaset-kaset yang bermanfaat. Duduklah bersama para tetangga dan teman-teman anda. Diskusikan kepada mereka hal-hal yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Pasa saat itu engkau akan menemukan kebahagiaan, kelapangan dan kegembiraan. Jangan sekali-kali kamu menyerah pada kekosongan, kerana semua itu akan memberimu penderitaan, kesempitan hati, godaan, keraguan dan kesuraman jiwa yang tidak akan dapat dihilangkan kecuali dengan menyibukkan diri dengan pekerjaan.

Anda harus memperhatikan penampilan anda, sehingga anda tetap kelihatan cantik, harum di dalam rumah, serta kelihatan kemas dan bersih tempat duduk anda. Anda harus menyambut suami anda dengan akhlaq yang baik; begitu pula terhadap anak-anak anda, saudara-mara anda, kaum kerabat anda, dan teman-teman anda dengan senyum keramahan dan dada yang lapang.
Aku peringatkan agar engkau menjauhi perbuatan maksiat, kerana ia adalah penyebab kesedihan. Khususnya perbuatan maksiat yang banyak dilakukan oleh perempuan, seperti melihat sesuatu yang diharamkan, mempamerkan dan mengumpat, atau mengingkari hak-hak suami dan tidak mengakui kebaikannya. Semua perbuatan tersebut banyak dilakukan oleh perempuan kecuali mereka yang mendapat rahmat Allah. Takutlah engkau akan kemurkaan Allah. Bertaqwalah kepada-Nya, kerana taqwa adalah jaminan kebahagiaanmu dan keredhaan-Nya atas hati tulusmu.

Bekalan

Apabila Kesusahan Datang Menerpa Diri
Dan Kecemasan Bertindih-Tindih Menghimpit
Anda, Ucapkanlah; Laa Ilaha Ill’Allah.

Sunday, February 13, 2011

Emas Keempat


TIDAKLAH SAMA WANITA YANG MUKMIN DAN WANITA YANG KAFIR

CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PENOLONG KAMI
DAN DIA ADALAH SEBAIK-BAIK PELINDUNG

Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu
Dan tiada suatu kesedihan pun
Dapat mengembalikan kepadamu
Sesuatu yang telah hilang

Sesungguhnya anda dapat berbahagia dengan melihat satu fenomena saja, iaitu keadaan wanita muslimah di negeri-negeri Islam dan keadaan wanita kafir di negeri-negeri kafir. Wanita muslimah di negeri-negeri Islam bebas beriman, berinfaq, berpuasa mendirikan solat, menutup aurat, taat kepada suaminya, takut kepada Tuhannya, baik kepada tetangganya, dan berkasih-sayang terhadap anak-anaknya. Alangkah berbahagianya dia, dan baginya adalah ketenangan, keredhaan, dan pahala yang besar dari-Nya.

Sedangkan wanita di negeri kafir, suka mempamerkan kecantikkan, jahiliyyah, naïf, suka mempamerkan pakaian bagaikan barang yang tidak laku lagi murahan, yang dijajakan di kebanyakkan tempat, tidak bernilai sama sekali, tanpa mempunyai kehormatan, dan tidak mempunyai agama.

Jadi, bandingkanlah antara kedua fenomena dan gambaran tersebut, nescaya anda akan merasakan bahawa anda adalah wanita yang paling bahagia, paling tinggi darjatnya, dan paling terhormat kedudukannya. Alhamdullillah.

Firman Allah S.W.T., maksudnya :

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. ( Surah Ali-‘Imran : Ayat 139 )

Bekalan
Semua Orang, Baik Yang Memiliki Istana
Mahupun Yang Memiliki Rumah Sederhana,
Pasti Menjalani Kehidupannya, Tetapi
Siapakah Yang Benar-Benar Meraih
Kebahagiaan Dalam Hidup?

Emas Ketiga


CUKUPLAH KEMULIAAN ANDA DENGAN
MENJADI SEORANG MUSLIMAH

Allah Yang Maha Pengasih Pasti Memberikan Memudahan

Jangan kau putus-asa
Kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu, di manakah Allah dan taqdir-Nya?

Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebus dosa anda atas izin-Nya. Bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadith ini.

Rasullullah S.A.W. bersabda, maksudnya :

Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktu, dan memelihara kehormatannya, nescaya ia akan memasuki syurga Tuhannya. ( Hadith riwayat Ahmad )

Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah . Oleh kerana itu saudariku, laksanakanlah amalam-amalan yang agung tersebut, agar engkau menemui Tuhan Yang Maha Pengasih; berjalanlah sesuai dengan Al-Qu’ran dan Sunnah Nabi-Nya, nescaya engkau akan akan menjadi seorang muslimah sejati.

Semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi anda. Kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan di negeri-negeri kafir, iaitu negeri Nasrani, Yahudi, komunis, ataupun dipilih oleh Allah untuk menjadi muslimah sejati, dan Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat Muhammad S.A.W.. Anda juga termasuk orang-orang yang mengikuti jejak Aisyah, Khadijah, dan Fatimah – semoga Allah meredhai mereka semua.

Kami sampaikan ucapan selamat buat ada, kerana anda adalah wanita yang solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menunaikan haji di Baitullah, dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama. Ucapan selamat buat anda, kerana anda redha Allah sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai agama yang dianuti, dan Muhammad S.A.W. sebagai rasul yang diikuti.

Bekalan

Bukan Emas Permata Yang Mempercantikkan Anda,
Melainkan Yang Mempercantikkan Anda Adalah Akhlaq Anda;
Dan Kekayaan Anda Adalah Etika Anda.

Emas Kedua


ANDA MEMPUNYAI SEGUDANG NIKMAT

Sesungguhnya Bersama
Kesulitan Ada Kemudahan.

Kelembutan Allah betapapun lama masanya
Terasa bagaikan kerdipan mata bila mata memejam


Saudariku, sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman, dan setelah malam pasti akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi, dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah.

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya engkau diganjari pahala. Jika engkau seorang ibu, anak-anakmu akan menyokong Islam, pelayan dan menolong agama, jika engkau mampu mendidik mereka dengan pendidikan yang sebenar. Mereka akan berdoa untukmu dalam sujud-sujud dan dalam malam-malam ibadah mereka. Sungguh suatu nikmat yang luar biasa menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan. Dan cukuplah bagimu untuk merasa mulia dan bahagia bahawa ibu Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang ibu yang menghadiahkan bagi seluruh manusia seorang pemimpin agung dan Rasul yang mulia.

Dan puteri Wahab telah menghadiahkan
Kepada umat manusia
“Tangan Putih” (Nabi Muhammad S.A.W.)
Yang merangkul bahu semua manusia


Saudariku, sebenarnya anda mampu menjadi da’iyah (penyeru kebaikan) di kalangan perempuan di negeri anda. Serulah mereka dengan kalimat yang benar, nasihat yang baik dan penuh hikmah. Ajaklah mereka untuk berdialog dan berdiskusi. Tunjukkan pada mereka sikap yang bersahabat. Dan terakhir, bimbinglah mereka menuju risalah Allah dan Rasul-Nya yang muia. Sesungguhnya, wanita dengan perilakunya yang soleh dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan cara berkhutbah, berpidato, atau mengikuti pembelajaran.

Betapa banyak wanita selalu tetap dikenang, kerana menjadi rujukan dalam agama, raa malu, hijab, akhlaq yang baik, baik pada tetangga, dan taat pada suami. Kisah hidupnya yang harum akan terus diceritakan oleh kebanyakkan orang, dijadikan nasihat di majlis-majlis dan ikutan yang selalu ingin ditiru oleh kaumnya.

Bekalan

Esok Akan Merekahlah Bunga Yang Harum
Baunya Mengusir Segala Kesedihan dan
Menjadi Penghibur Hati

Saturday, February 12, 2011

Emas Pertama


WANITA YANG MELAWAN PENINDASAN

Tiada Daya Untuk Menghindar Dari
Kederhakaan Dan Tiada Kekuatan Untuk
Melakukan Ketaatan, Kecuali Dengan
Pertolongan Allah S.W.T.

Apa yang berlaku biarlah berlalu;
Cita-cita adalah harapan yang belum pasti;
Dan bagimu hanyalah saat yang sedang dijalani


Perhatikanlah nash-nash syaria'at yang terkandung dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah. sesungguhnya Allah telah memuji seorang wanita solehah dan mukminah.


Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman, maksudnya;

Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: 'Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.' (Surah Ath-Tahrim: Ayat 11)


Jadi, renungkanlah kenapa Allah menjadikan wanita ini (Asiyah Radhiyallahu'anha) sebagai contoh atau ikutan bagi orang-orang mukmin atau mukminah? Kenapa Allah menjadikannya sebagai model dan fenomena yang jelas bagi mereka yang ingin mendapatkan hidayah dan melaksanakan sunnah Allah dan Rasul-Nya dalam kehidupan?

Alangkah cerdas dan pintarnya wanita ini, kerana ternyata dia lebih memilih tinggi di sisi Tuhannya Yang Maha Mulia dan lebih mengutamakan bertetangga (dengan Allah) daripada menepati tempat tinggalnya. Untuk itu, ia rela membangkang terhadap ketaatan kepada suaminya, Fir'aun yang berdosa, melampaui batas, lagi kafir. Dia menolak hidup di dalam istananya yang mewah penuh dengan perhiasan duniawi dan banyaknya para pelayan yang siap melayani kesemua keperluannya. Dia lebih memilih tempat tinggal yang kekal, lebih indah, dan lebih cantik di sisi Tuhannya yang menguasai semesta alam, di dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, di tempat yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.

Sesungguhnya dia adalah wanita yang agung, di mana keteguhan dan kejujurannya telah mendorongnya untuk menyeru secara terang-terangan kepada suaminya - seorang diktator zalim - dengan kalimah kebenaran dan keimanan. Maka akhirnya, ia pun diseksa kerana mempertahankan keimanannya itu. Kemudian Allah menjadikannya sebagai wanita teladan bagi setiap mukminah hingga hari qiamat. Allah juga mencatat dan memuji namanya dalam Al-Qur'an, serta menyanjung perbuatannya dan menghinakan suaminya yang telah menyimpang dari jalan Allah.


Bekalan

Di sana Ada Suatu Tempat D Barisan
Terdepan, Tetapi Menuntut Anda Untuk
Menambah Peningkatan dan Kesempurnaan
Dalam Setiap Hal Yang Anda Amalkan.