ADAKAH ANDA WANITA YANG BERBAHAGIA ITU ?

Monday, February 14, 2011

Emas Kesepuluh


ANDA ADALAH ORANG YANG BERUNTUNG DALAM KEADAAN APA PUN

SIAPAKAH YANG MEMPERKENANKAN DOA ORANG YANG BERADA DALAM KESULITAN APABILA DIA BERDOA KEPADA-NYA ( AN-NAML : 62 )

Katakanlah kepada orang yang mencela kami
Kerana penggantian masa:
“ Tiada yang mengingkari masa,
Kecuali hanyalah orang yang terancam oleh bahaya.”

Berharaplah yang baik dari Allah, bila anda merasa sedih, gelisah, atau gundah-gulana. Dan ketahuilah bahawa ia adalah sebahagian dari penebusan dosa. Bila anda kehilangan seorang anak, maka ketahuilah bahawa dia akan menjadi syafaat bagi anda kelak di hadapan Allah. Bila anda menderita cacat ata penyakit di tubuh anda, maka ketahuilah bahawa masing-masing pahalanya telah tersimpan di sisi Allah.

Rasa lapar itu akan dibalas dengan pahala-Nya, rasa sakit akan dibalas dengan ganjaran-Nya, dan juga kemiskinan akan dibalas pahala dari Allah. Tidak akan ada yang hilang di sisi Yang Maha Esa. Allah selalu menjaganya, seperti menjaga titipan yang akan ia penuhi di akhirat kelak.

Bekalan

Solat Menjamin Kelapangan Dada
Pelakunya dan Mengusir Segala
Kesedihannya.

No comments:

Post a Comment