ADAKAH ANDA WANITA YANG BERBAHAGIA ITU ?

Sunday, February 13, 2011

Emas Ketiga


CUKUPLAH KEMULIAAN ANDA DENGAN
MENJADI SEORANG MUSLIMAH

Allah Yang Maha Pengasih Pasti Memberikan Memudahan

Jangan kau putus-asa
Kerana tidak melihat jalan keluar
Kalau begitu, di manakah Allah dan taqdir-Nya?

Segala sesuatu yang menimpa anda saat berjuang di jalan Allah, merupakan penebus dosa anda atas izin-Nya. Bergembiralah dengan khabar yang terdapat dalam hadith ini.

Rasullullah S.A.W. bersabda, maksudnya :

Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktu, dan memelihara kehormatannya, nescaya ia akan memasuki syurga Tuhannya. ( Hadith riwayat Ahmad )

Semua itu adalah perkara yang mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah . Oleh kerana itu saudariku, laksanakanlah amalam-amalan yang agung tersebut, agar engkau menemui Tuhan Yang Maha Pengasih; berjalanlah sesuai dengan Al-Qu’ran dan Sunnah Nabi-Nya, nescaya engkau akan akan menjadi seorang muslimah sejati.

Semua perkara ini merupakan kemuliaan yang agung dan kebanggaan yang besar bagi anda. Kerana selain anda, ada wanita yang dilahirkan di negeri-negeri kafir, iaitu negeri Nasrani, Yahudi, komunis, ataupun dipilih oleh Allah untuk menjadi muslimah sejati, dan Dia akan memasukkan anda ke dalam golongan umat Muhammad S.A.W.. Anda juga termasuk orang-orang yang mengikuti jejak Aisyah, Khadijah, dan Fatimah – semoga Allah meredhai mereka semua.

Kami sampaikan ucapan selamat buat ada, kerana anda adalah wanita yang solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menunaikan haji di Baitullah, dan memakai hijab yang diperintahkan oleh agama. Ucapan selamat buat anda, kerana anda redha Allah sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai agama yang dianuti, dan Muhammad S.A.W. sebagai rasul yang diikuti.

Bekalan

Bukan Emas Permata Yang Mempercantikkan Anda,
Melainkan Yang Mempercantikkan Anda Adalah Akhlaq Anda;
Dan Kekayaan Anda Adalah Etika Anda.

No comments:

Post a Comment