ADAKAH ANDA WANITA YANG BERBAHAGIA ITU ?

Sunday, February 13, 2011

Emas Kedua


ANDA MEMPUNYAI SEGUDANG NIKMAT

Sesungguhnya Bersama
Kesulitan Ada Kemudahan.

Kelembutan Allah betapapun lama masanya
Terasa bagaikan kerdipan mata bila mata memejam


Saudariku, sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titisan air mata pasti ada senyuman, dan setelah malam pasti akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi, dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah.

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya engkau diganjari pahala. Jika engkau seorang ibu, anak-anakmu akan menyokong Islam, pelayan dan menolong agama, jika engkau mampu mendidik mereka dengan pendidikan yang sebenar. Mereka akan berdoa untukmu dalam sujud-sujud dan dalam malam-malam ibadah mereka. Sungguh suatu nikmat yang luar biasa menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan. Dan cukuplah bagimu untuk merasa mulia dan bahagia bahawa ibu Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang ibu yang menghadiahkan bagi seluruh manusia seorang pemimpin agung dan Rasul yang mulia.

Dan puteri Wahab telah menghadiahkan
Kepada umat manusia
“Tangan Putih” (Nabi Muhammad S.A.W.)
Yang merangkul bahu semua manusia


Saudariku, sebenarnya anda mampu menjadi da’iyah (penyeru kebaikan) di kalangan perempuan di negeri anda. Serulah mereka dengan kalimat yang benar, nasihat yang baik dan penuh hikmah. Ajaklah mereka untuk berdialog dan berdiskusi. Tunjukkan pada mereka sikap yang bersahabat. Dan terakhir, bimbinglah mereka menuju risalah Allah dan Rasul-Nya yang muia. Sesungguhnya, wanita dengan perilakunya yang soleh dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan cara berkhutbah, berpidato, atau mengikuti pembelajaran.

Betapa banyak wanita selalu tetap dikenang, kerana menjadi rujukan dalam agama, raa malu, hijab, akhlaq yang baik, baik pada tetangga, dan taat pada suami. Kisah hidupnya yang harum akan terus diceritakan oleh kebanyakkan orang, dijadikan nasihat di majlis-majlis dan ikutan yang selalu ingin ditiru oleh kaumnya.

Bekalan

Esok Akan Merekahlah Bunga Yang Harum
Baunya Mengusir Segala Kesedihan dan
Menjadi Penghibur Hati

No comments:

Post a Comment